Selasa, 23 Jun 2009

Mandi di Bukit Baka

Akim minta maaf kerana sudah lama tidak update blog nih. Kesibukan dan tumpuan idea ke situasi yang lain menghadkan idea-idea untuk dipostkan. Blogger Razi mungkin sudah tahu yang Akim betul-betul bz sekarang nih. Hulu hilir naik jjatuh. Tidor bangun dan bangun tidur.

Ini kisah Akim masa cuti sekolah baru-baru nih. tak basi lagi kan..kan..kan..
Sebenarnya masa hari jumaat minggu akhir cuti tuh, hajat Akim dengan keluarga nak pergi Cameroun.

Mamanya nak pergi borong bunga katanya, apalagi bergumbira lah Adam ,Amalina, Dhiya dan Amira. Lebih-lebih lagi mamanya sendiri.

Papa, nak masak apa nih ,tanya si mama pada malamnya. Alloh.. jenguk-jenguklah blog masakan tu..ada kuih hangit, kek gula hangus, kek pisang, ada posing, ada kuini,ada kerabu kaki dan mace-mace lagi. tiru ajelah..

Pagi tuh...dok fkir-fkir,hai jauh sangat cameroun tu. Bagitahulah kat mamanya, bukankah Cameroun tu kat benua Afrika.Ya tak ya juga kata mama. bincang-bincang ambik keputusan kita pergi pantai melawi sudahlah. Anak-anak pun apa lagi berkinja-kinjalah kegumbiraan kerana dapat mandi pantai.

Selepas jumaat dalam pukul tiga bertolaklah kami tiga buah kereta iaitu member dan bertolak dari Kuala Krai nak pergi mandi di Melawi siap dengan perkakasan perangnya. Yang paling penting mesti ada ialah besen untuk bubuh kain yang basah selepas mandi nanti dan barang-barang nak isi tembolok.

Masa dok atas kereta tu, terfikir juga, dahlah lewat petang bertolak, nanti nak balik pula. kalau macam tu sampai malam lah kat rumah.

Mama..macamana kalau kita mandi di bukit Baka saja. tempat pun dekat aje. Kata mama okeylah. mama pun setuju. teponlah dia orang. masing-masing pun setuju..

Apa lagi, aku pun terus masuk ke Bandar Machang dan terus ke Bukit Tiu dan memasuki simpan Bukit Baka yang dalam dua kilo tu untuk sampai.

Mandilah kami sepuas-puasnya...





0 comments:

Blog Widget by LinkWithin