Rabu, 15 April 2009

Berita Sinar Harian

Perkhemahan buka minda pengakap muda

KUALA KRAI - Persekutuan Pengakap Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Krai bakal mengadakan kem kawad selama tiga hari bertempat di lokasi perkhemahan Gua Ikan bermula esok.

Menurut Penolong Pegawai Seranta Persekutuan Pengakap PPD Kuala Krai Kamal Azmi Jaafar, program tahunan tersebut bertujuan untuk memberikan kemahiran pengakap kepada kanak-kanak seluruh daerah ini.

“Perkhemahan kawad ini bertujuan memberikan latihan dan asas kawad kepada pengakap kanak-kanak iaitu mereka yang berada di sekolah rendah.

“Ia juga adalah salah satu program pelaksanaan yang terdapat dalam aktiviti persekutuan pengakap setiap tahun. Pada masa sama, kami percaya ia dapat menanamkan semangat cintakan negara melalui setiap atur cara pengisian program yang bakal dilaksanakan.

“Selain itu, melalui aktiviti yang diadakan sepanjang tiga hari tersebut, para pengakap akan dilatih melakukan kerja berpasukan untuk membentuk semangat kerjasama yang sememangnya amat penting dalam menjayakan sesuatu pekerjaan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, tahun ini Persekutuan Pengakap PPD Kuala Krai berhasrat untuk menggiatkan kembali aktiviti mereka demi menambahkan pengetahuan dan kemahiran pengakap kanak-kanak daerah ini.

“Kami berharap dengan perkembangan terbaru ini, kami dapat membuka minda pengakap kanak-kanak agar mereka dapat menyelami sendiri pengalaman dan merasai suasana perkhemahan.

“Program ini bakal disertai oleh kira-kira 160 pengakap iaitu melibatkan 40 buah sekolah rendah di dalam PPD Kuala Krai. Ia melibatkan empat peserta dari setiap buah sekolah.

“Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Krai, Rosdi Hassan berharap program kali ini akan berjalan lancar dan mencapai matlamat yang disasarkan untuk semua pihak,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, program tersebut yang bermula pada 16 sehingga 18 April bakal dira

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin