Jumaat, 8 Mei 2009

Hiburan Petang ini- Untuk hilangkan tension

Apa yang berlaku di persidangan DUN Perak pada 07. 05. 09 lalu terlalu mengiris hati dan perasaan rakyat seluruhnya. Kita lupakan buat seketika. Kita atur strategi baru. Sekarang kita baca pula apa yang terjadi dalam mesyuarat di sebuah kampung yang telah menghiris hati dan perasaan seorang wanita bernama isteri….

Ada seorang lelaki tua memiliki hobi memelihara burung.

Dia memelihara banyak jenis burung.

Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang.

Oleh kerana dia merasakan perbuatan pencuri itu keterlaluan, maka dia telah membawa usul tersebut ke dalam mesyuarat di kampungnya.

Lelaki tua: Siapa di sini yang ada burung?

Seluruh penduduk laki-laki pun berdiri.

Menyedari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah:

“Bukan itu maksud saya. Maksud saya ialah siapa yang pernah lihat burung?”

Seluruh penduduk wanita pula berdiri.

Menyedari pertanyaannya masih tidak tepat, dengan muka merah padam dia menyambung:

“Maaf, bukan itu maksud saya.”

Sekali lagi dia bertanya.

“Maksud saya, siapa di antara anda di sini yang pernah lihat burung yang bukan milik sendiri?”

Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki tua itu makin merah. Dia semakin bengang!!!

“Maaf sekali lagi, bukan itu yang saya maksudkan. Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?”

Isteri lelaki itu pun pun berdiri dan diikuti oleh seorang wanita lain.

Kali ini muka isteri lelaki tua itu menjadi merah padam.

Lelaki itu pun terus melarikan diri.

Menyesal dia bertanya!!!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin