Isnin, 4 Mei 2009

PENGAKAP DI SINAR HARIAN HARI INI

PENGAKAP KUALA KRAI SELESAI DUA KEM

Kuala Krai – Pasukan Latihan Daerah Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Krai Kelantan telah seslesai melaksanakan dua aktiviti tahunannya iaitu Kem Kawad Pengakap Kanak-kanak dan Kem Kawad Remaja dan Muda bertempat di Pusat Peranginan Gua Ikan Dabong baru.baru ini. Kem tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai. Ia disertai 117 peserta pengakap kanak-kanak dan 67 peserta pengakap muda dari sekolah rendah dan menengah PPD Kuala Krai.

Menurut kenyataan Penolong Persuruhjaya Pengakap Seranta Pasukan Latihan Daerah PPMD Kuala Krai En Kamal Azmi b Jaffar, Kem Kawad Pengakap Kanak-kanak telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai, En Ramali Deraman manakala Perasmian Penutup Kem Kawad Muda dan Remaja pula telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah En Othman Awang Lah.

Antara objektif kem tersebut ialah memberi pendedahan asas berkawad, membentuk semangat bekerjasama di kalangan pelajar dan menanam semangat cintakan Negara, membentuk disiplin diri dan mematuhi peraturan dan arahan serta membolehkan ahli-ahli melengkapi diri dengan kehidupan yang berfaedah.

En Othman Awang Lah mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pengakap Kelana Seriwangsa Kuala Krai dan Pengakap Kelana Daerah Bachok di atas kerjasama membantu PPMD Kuala Krai melicinkan perjalanan dua kem tersebut.Turut hadir di majlis penutup tersebut ialah En Zamri Yusoff, Penyelia Kokurikulum PPD Kuala Krai.

Persuruhjaya Pengakap Daerah En Rosdi Hassan berkata, bagi merancakkan aktiviti pengakap pada tahun ini Pasukan Latihan Daerah merancang kursus kepada Pemimpin-pemimpin Pengakap bagi memberi pendedahan dan mengasah kembali ilmu berpengakap kepada pemimpin-pemimpin pengakap peringkat sekolah. Begitu juga Kursus Lencana kepada pengakap kanak-kanak. Kursus Usaha dan Maju kepada pengakap muda. Aktiviti-aktiviti ini adalah tambahan kepada beberapa program tahunan yang telah ditetapkan.


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin