Rabu, 20 Mei 2009

MONOLOG aku SEorang Pengadil





Ketika aku memasuki stadium, lagu Never walk alone bergema diikuti sorakan penonton yang mencecah puluhan ribu, Aku memandang kiri dan kanan,atas dan bawah, ada beberapa titik hitam di rumput. tahi lembu sangkaku, ah..tak mungkin, di stadium Anfield yang sebegini besar takkan ada tahi lembu...biarlah.

Aku menghulurkan tangan dengan pembantuku yang sudah kalih dengan caraku mengadili perlawanan yang besar sebegini.
Pemain-pemain pasukan Liverpool dan Chelsea sedang membuat barisan di sebelah kiri kananku.. ah, aku tak nampakpun Ronaldo, adakah beliau cedera, getus hatiku.


Baru aku teringat Ronaldo sudah dijual ke pasukan Real Madrid,lagipun manalah ada dalam pasukan Liverpool dan Chelsea. Alhamdulillah, aku bersyukur. Kalau tidak penatlah aku mengawasi tingkahlakunya yang tidak sopan.

Tiba-tiba tangan dihulur padaku, masa bersalam-salaman pun tiba. aku teringat semasa anak muridku bersalam-salaman semasa keluar kelas ketika aku mengajar di sekolah rendah di Malaysia sana.


Ah..Anelka menghulurkan tangannya, diikuti Drogba. Pemain ini perlu aku awasi ,aku dinasihatkan dalam mesyuarat pengadil semalam, Drogba adalah antara permain yang sering menjatuhkan diri dalam kawasan penalti di samping Cristino Ronaldo bagi pasukan MU.


Dalam gema sorakan puluhan ribu penonton dengan iringan lagu Never walk alone dengan riuh rendah,gegak gempita, tiba-tiba senyap seketika, Mereka bertafakur.. aku kurang dengar apa yang dimaklumkan oleh Juruhebah tadi...Tapi takda masalah,aku berbisik dengan pembantuku.. the king from ASEAN was pass away...bisik pembantuku yang berasal dari finland.

Ohh My god..Aku teringat semasa menjadi guru sekolah dulu, besok pasti cuti,,oh gembiranya dapat cuti.. tak perlu lagi mengadap guru besar yang macam singa betina itu...Aku dan rakan-rakanku bersorak mengalah anak-anak muridku sendiri..

Pembantuku mencuit bontotku, ah budaya barat .. Ia menunjukkan kepada pemain-pemain yang sudah memasuki padang, aku perlu memulakan perlawanan. Beberapa pemain senyum padaku,,ambil hati barangkali..aku tak akan terpengaruh. Mengendali perlawanan besar sebegini, pastinya memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Ehhh..macam lagu hindustan berbunyi. Di mana ya..


Pok.. bahuku ditepuk dengan kuat .. apo bende.. Terkejuk lembu , aku. aku...aku...


Aku perlu meniupkan wisel, mereka menungguku..lagu bollywood berkumandang..

Ah.. pengadil rebut kerusi ibu-ibulah yang sebenarnya aku...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin