Selasa, 17 Ogos 2010

Ramadhan

Niat Puasa Sehari

Niat Puasa Sebulan

Doa Berbuka Puasa

Lafaz & Niat Sembahyang Terawih

Lafaz & Niat Sembahyang Witir

Khamis, 7 Januari 2010

Etika berpakaian UNdang-Undeng Baru Bos

Ini adalah peraturan baru yang diperkenalkan oleh Bos berkenaan
dengan cara berpakaian waktu pejabat iaitu tambahan dari etika yang sedia ada.

-Mesti bertali lehar
-Berbaju tangan panjang
-Bersetokin

Perincian
-Diwajibkan bertali leher sampai jam 12 tengahari
-Baju tangan panjang diharamkan lipat.
-Setokin jangan ada yang koyak

Hukuman melanggar peraturan
-Membebel dan pot pet setiap masa

Kaedah kalau melanggar peraturan
-Menyorok dan jangan bagi terserempak
-Bubuh tali dileher andainya terserempak
-Bagi alasan yang logik misalnya katakan pada bos Persiden Iran
Ahmadinejab tidak benar pakai tali leher
-Jangan sesekali buka kasut di hadapan bos andainya memakai setokin koyak,
kalau setokin tidak koyak bukalah kasut dan tunjukkan pada bos setokin saya tidak koyak.
-Bos buat sportcek minta buka kasut dan setokin kita koyak.
Bagilah alasan masa sarung tadi tak koyak, tapi bila saya buka koyak.

Itulah saja info dari akim

Sabtu, 5 Disember 2009

Hiburan Malam

Pembohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang."Kamu dari mana?" tanya Samad."Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya."Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan..."."Cerita apa?"Cerita Papadom ayah".*PLANG*"

Katakan dengan jujur cerita apa?!""Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".Mendengarkan itu marahlah Samad."Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.

Suasana hening untuk beberapa ketika...Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."*PLANG*Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...

Ahad, 29 November 2009

AKim dan Hari Raya KORBAN







Jumaat, 27 November 2009

Ada ke?




BOMBA TERTIPU DENGAN KENTUT BABI

SYDNEY -Seorang penternak membuat panggilan kecemasan bomba setelah terbau 'gas bocor' namun sangkaannya meleset setelah diberitahu ia adalah bau kentut khinzir peliharaannya, kata para pegawai semalam.Seramai 15 anggota dan dua jentera bomba dikerah ke ladang yang terletak di Axedale, Victoria, kata Perkhidmatan Bomba Negeri Victoria tersebut."Kami menjumpai seekor babi betina bersaiz besar dengan anggaran berat 120 kilogram. Kami percaya gas bocor itu datang daripada babi tersebut."Walaupun tidak terhidu gas tersebut kami dapat mendengar bunyi kentut keluar dengan jelas, lucu sungguh," kata Kapten Peter Harkins.Tambahnya, pemilik babi tersebut kelihatan malu manakala petugas bomba mengambil masa untuk menenangkan diri."Kami menangani kes itu dengan profesional tetapi kami ketawa terbahak-bahak sebaik tiba di balai," kata Harkins. - AFP

Rabu, 25 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA





Saudara ku yang dirahmati Allah sekalian,

Bulan Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam taqwim Hijriyah. Di bulan ini banyak keutamaannya, kerana di bulan Zulhijjah ini umat Islam yang berkemampuan diwajibkan menunaikan ibadat Haji di Makkah Al-Mukarramah, bulan Hari Raya Aidil Adha, bulan umat Islam digalakkan melakukan ibadah korban dengan menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing dan juga bulan umat Islam dianjurkan supaya memperbanyakkan beramal soleh.
Di bulan ini umat Islam disunatkan berpuasa, sunat Hari Arafah pada 9 Zulhijjah. Iaitu sehari sebelum umat Islam meraikan Aidil Adha, dan mengikut perkiraan pada tahun ini iaitu 1430 Hijrah, bersamaan 2009, ia adalah hari Jumaat ini.


Barangsiapa yang menghidupkan empat malam, maka wajiblah dia memperolehi syurga; iaitu Malam Tarwiyah (pada 8 Zulhijjah), Malam Arafah (pada 9 Zulhijjah), Malam Nahar (pada malam 10 Zulhijjah) dan Malam Aidil Fitri (pada malam 1 Syawal)”. (HR Ibnu ‘Asakir dari Muaz R.A).
Dan umat Islam juga disunatkan bertasbih, bertakbir serta bertahmid pada malam 10 Zulhijjah sehingga ke Solat Sunat Aidil Adha. Kemudian takbir, tasbih dan tahmid itu disunatkan lagi pada setiap kali selepas solat Fardu sehingga berakhir selepas Solat Asar 13 Zulhijjah.
Malah bermula dari 10 hingga 13 Zulhijjah pula umat Islam yang berkemampuan dianjurkan atau disunatkan menyembelih binatang ternak untuk dikorbankan.
Saudara ku,
Berkorban dengan melakukan penyembelihan binatang ternakan selama 4 hari berturut-turut (pada 10, 11, 12 dan 13 ) di bulan Zulhijjah bagi orang-orang yang berkemampuan, adalah satu tuntutan syariat yang telah ditentukan.
Amalan korban dan ibadah korban ini tidak ada di bulan yang lain, hanya di bulan Zulhijjah. Ia merupakan pengorbanan dari segi harta benda untuk mencapai darjat hamba Allah yang bertaqwa, sebagaimana Allah S.W.T menyatakan perintah berkorban ini di dalam Al-Quran firman Nya:

Maksudnya:
”Tidaklah daging-daging (unta yang disembelih/dikorbankan itu) dan darah-darahnya (yang mengalir itu) dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi ketaqwaan (dalam hati) kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu (dapat pula) mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Surah . Al-Hajj, ayat: 37).
Ayat ini menjelaskan bahawa bukanlah daging korban, darahnya yang mengalir ketika disembelih atau kulit bulu atau daging-daging yang dilapah, dimasak dan dimakan itu yang boleh mencapai dan mendapat keredhaan Allah S.W.T, tetapi hakikat sebenarnya ialah sifat taqwa yang ada di dalam hati hamba-hambaNya yang ikhlas dan benar ketika mahu menyembelih binatang ternaknya itu adalah semata-mata kerana Allah S.W.T, bukan kerana yang lain. Misalnya kerana mahu dipandang kawan atau masyarakat sekeliling bahawa dialah satu-satunya orang yang setiap tahun menyembelih korban atau menghadiahkan seekor lembu, kerbau dan kambing untuk disembelih supaya satu masa nanti orang akan ingat jasanya itu.
Pendek kata, pengajaran besar daripada ayat ini ialah untuk mendidik jiwa umat Islam supaya beramal soleh dan berkorbanlah dengan penuh taqwa, ikhlas dan semata-mata kerana Allah S.W.T.

Pengertian korban dalam Islam bukanlah semata-mata dikhususkan kepada menyembelih binatang ternak pada bulan Zulhijjah sahaja, akan tetapi semangat korban seperti ini juga sewajar diluaskan skop maknanya, sehingga mencapai maksud pengorbanan jiwa, akal, ilmu, tenaga, idea, pemikiran, masa, kepakaran, kepentingan diri atau kemahuan hawa nafsu dan sebagainya yang boleh disumbangkan untuk jalan-jalan Allah; untuk dakwah Islam, pendidikan umat Islam, ekonomi umat Islam, kehidupan sosial umat Islam, pembangunan, kemajuan, perpaduan umat Islam dan sebagainya.
Sesungguhnya umat Islam tidak akan maju ke depan, dengan hanya melihat orang lain maju, tidak bersedia untuk berkorban. Kita mungkin akan terus ketinggalan dalam serba-serbinya apabila umat Islam terus malas berfikir, lemah semangat, tiada kreativiti hatta ketika khatib berkhutbah pun atau semasa melakukan ibadah pun, kita masih lemah dan tertidur.

Ini adalah hasil pencitraan dari IKONOS Satelite milik Space Imaging Inc, AS. Masjidil Haram yang ‘diintai’ oleh AS pada 31 Oktober 1999 itu menampilkan fenomena menakjubkan. Terlihat di gambar hanya bagian Masjidil Haram saja yang berkilau sementara bangunan di sekitarnya tampak lebih gelap. Subhanallah. (NASA Astronomy Picture of The Day)
Justeru, ciri dan kreteria umat Islam yang beriman itu adalah umat yang kuat. Kuat fizikal, kuat semangat, kuat atau banyak ilmu, kuat ibadahnya, kuat kerjanya, rajin berusaha, bijak bertindak, kuat semangat berkorbannya dan sebagainya. Baginda Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Orang beriman yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai Allah daripada orang beriman yang lemah dalam segala kebaikan. Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu (di dunia dan akhirat) dan mohonlah pertolongan Allah, dan janganlah kamu lemah semangat..” (HR Muslim).

Ya Allah, Berilah Kami Rezeki Berhaji ke Baitullah Al-Haram”
Beberapa kesimpulan tentang perkara-perkara penting untuk umat Islam perhatikan bagi tujuan menyambut Hari Raya Aidil Adha dan mengisi keutamaan bulan Zulhijjah bulan terakhir dalam tahun Hijriyah, antara perkara tersebut ialah:
1. Memperbanyakkan amal ibadah dan amal soleh untuk menghidupkan malam-malam 8, 9 dan 10 Zulhijjah dengan solat sunat, zikir, istighfar, membaca Al-Quran dan lain-lain.
2. Bertakbir, bertasbih dan bertahmid pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah untuk membesarkan kemahaagungan Allah S.W.T yang mencipta alam semesta dan manusia.
3. Sunat menyembelih binatang ternak untuk dikorbankan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bagi umat Islam yang berkemampuan.
4. Taqwa dan ikhlas adalah puncak sifat orang beriman untuk mencapai keredhaan di sisi Allah S.W.T.
5. Sifat atau sikap suka berkorban adalah sifat terpuji yang banyak manfaatnya untuk memperkasakan serta membangun kehidupan umat Islam dalam apa jua bidang. Kerana itu, umat Islam dituntut berkorban harta, jiwa, tenaga, ilmu, pemikiran, masa hatta kepentingan diri demi untuk Islam, Allah S.W.T dan Rasul- Nya.
6. Allah S.W.T sangat suka hamba-hambaNya yang kuat. Kuat iman, kuat amalan, kuat/banyak ilmu, idea dan fikiran yang baik, kuat/sihat rohani dan fizikal, kuat/baik akhlak dan penampilan dan sebagainya.







Isnin, 19 Oktober 2009

JeMpUTan DeePAvaLI

Pada entry kali ini Akim nak ceritakan tentang kunjungan deepavali akim ke rumah seorang member akim iaitu Pamusamy a/l Ramanjal. Beliau merupakan pesara kerajaan dan bergiat aktif dalam setiap aktiviti masyarakat dan dikenali dengan panggilan abang Mi. Beliau menetap di Taman Melati Kuala Krai. Di Taman Melati dan kampung Melati terdapat kira-kira enam belas keluarga India yang tinggal di sini.


Berselera sungguh Akim menjamu selera..nasib...nasib..


Kawan Akim, Ustaz Zul relax aje sebab dia posa. Selamat..selamat...

Rumah Pamusamy

Blog Widget by LinkWithin