Sabtu, 1 Mac 2008

Tiga malam di UPU Peria

Selama tiga malam berada di Peria terutamanyanya di Pos Peria Utara. Merasakan ada sedikit kemeriahan dikalangan penyokong-penyokong. Begitu hebat sambutan terhadap program yang diatur. Mungkin mereka ada percaturan sendiri. Pihak markas UPU tempatan nampaknya sudah menaruh kepercayaan terhadap gerakkerja yang diatur. Barisan pemuda yang sebelum demam pilihanraya ini nampaknya lesu dan condong kepada BN mula beralih angin. Mereka memenuhi pos PAS dan turut melibatkan diri dengan aktiviti seperti memasang poster,mengikuti ceramah kelompok yang diadakan, mendengar ceramah dari cd dan menikmati jamuan yang disediakan pada setiap malam. Kemerihan ini sudah tentu menaikkan semangat pejuang-pejuang islam. TAKBIR.

Blog Widget by LinkWithin