Jumaat, 6 Mac 2009

BULETIN SINAR TEMALIR
BULETIN MINGGUAN BIL 1 HARGA RM 0.20
TERBITAN BADAN PENGAWAS DAN DISIPLIN FEBRUARI

Majlis Perlantikan Pemimpin-Pemimpin Pelajar SKT 2009
DEWAN SRI ANIS- Pada 19 februari telah berlangsung majlis perlantikan pengawas, pengawas pusat sumber, pengawas asrama, ketua dan penolong ketua darjah yang dirasmikan oleh wakil OCPD Kuala Krai. Majlis tersebut berlangsung dengan penuh gilang gemilang dan turut dihadiri oleh wakil PPD, Pengerusi PIBG dan,Pengurus kesedar Temalir,semua pentadbir dan guru-guru serta murid-murid. Majlis tersebut diadakan serentak dengan kursus kepimpinan kepada pemimpin-pemimpin pelajar.

Dalam ucapan perasmiannya wakil OCPD iaiti Inspektor Norhayah Ab Rashid telah menasihati pelajar-pelajar supaya menjauhi dari terjebak dengan masalah disiplin yang boleh merosakkan masa depan mereka. Sambil mengucapkan tahniah di atas penganjuran majlis ini, Inspektor Norhayah juga meminta semua pemimpin pelajar menjadi contoh kepada semua murid-murid lain.

Setiausaha Disiplin merangkap setiausaha program En Kamal Azmi Jaffar ketika ditemui mengucapkan terimakasih kepada Guru Besar dan Pentadbir serta guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Penceramah undangan yang telah dijemput untuk menyampaikan syarahan dalam kursus ialah pembantu khas antidadah PPD Kuala Krai Encik Zumi Azlan dan Pengerusi PIBG Ustaz Mat Nawi Yaakub. Kedua-dua penceramah tersebut telah berjaya memikat perhatian pemimpin pelajar dengan nasihat-nasihat dan panduan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.

Majlis pada hari itu turut dimeriahkan dengan paluan kompang oleh pasukan kompang dari kampong yang berhampiran. Tahniah en Ghazi selaku AJK kompang,banner,siaraya dan publisiti di atas idea pasukan kompang itu, Lebih menarik lagi majlis ini turut diliputi secara langsung oleh wartawan Sinar Harian Zaimatuljuwita yang membuat liputan sepanjang majlis perasmian berlangsung.

Pemimpin Pelajar di ketua PKP bersama dhif jemputan
En Sahidin Hashim siap sedia
untuk diperiksa


Insp Norhayah diiringi GB dan SU Insp Norhayah memeriksa
perbarisan hormat.

Barisan Dhif di pentas utama bersama Bacaan ikrar pemimpin diketuai
Pengerusi Program En Zakaria Daud adik Zakir Zulkifli selaku Ketua
Murid

PENGARANG : KAMAL AZMI,ZAKIR,FATIMATUN,AINA,NAJIHAH

Khamis, 5 Mac 2009






PEMERIKSAAN PERBARISAN OLEH INSP DARI IPD KUALA KRAI



MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SK TEMALIR 2009

19 FEBRUARI 2009

Blog Widget by LinkWithin