Sabtu, 25 April 2009

Upacara Perasmian Penutup Kem Kawad Pengakap Remaja dan Muda PPD Kuala Krai







Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai En Othman Awang Lah. Turut hadir En Zamri b Yusof Penyelia Ko Kurikulum PPD Kuala Krai.

Latihan Kawad







Bantuan daripada Pengakap Kelana Seriwangsa Kuala Krai dan Pengakap KelanaBachok dilibatkan sepenuhnya dalam sesi kawad,ikatan ,pertolongan cemas dan persembahan.

Kem Kawad Pengakap Remaja 23-25 april 2009







Sesi taklimat pada hari pertama oleh Persuruhjaya Pengakap Daerah En Rosdi Hassan di Gua Ikan Dabong

Alfatihah ,perginya seorang insan penghuni alfirdausi,insyaallah

Hanya sedikit catatan puisi untukmu kekanda Allahyarham W Mohd Khatib Jaffar. Meninggal 21 April 2009 Jam 6 petang. Kemalangan dilanggar kereta ketika melintas jalan di Pasar Malam Peria.


Petang ini...
ketika memandu keseorangan
di jalan sunyi yang berangin
airmata ini mengalir
sebak


Adindamu ini mengetahui
setiap langkah perjalanan
meniti saat dan detik masa
bukan sehari,bukan setahun..
memohonnya keluarga kita
hidupmu yang jasad di dunia fana
rohmu di alam shurga alfirdausi.
Amin..Ya Rabbal Alamin...

Berkurun lamanya adinda mengiringimu
daripada ayah dan ibu kenangan bersama
kepada adik-adik yang tabah
akhirnya kau pergi dahulu
ayah dan ibu menantimu di sana
pohonlah shafaatnya
Amin Ya Rabbal Alamin..

Siumankah kekanda di dunia ini?
berdekad-dekad kekanda mengharungi
adinda dan keluargalah menemani
sekadar termampu dan ada kurangnya
itu menjadi kenangan
kenangan pilu ketika
kekanda tidakkan datang kembali...

Adinda tahu...megahnya kekanda di sana
Allah yang memberinya
di atas sifat yang tidak menyamai
makhluk jadiannya.

Memandu di jalan sunyi
di petang yang berangin
tiada gelak ketawa
gurau senda, marah-marah dan rasa kecewa
airmata ini mengalir
sebak

Kekandaku...kini sudah tiada lagi
Tinggal kenangan
Pada keabadian yang dijanjikan.

5.00 pm
25/4/2009





Ahad, 19 April 2009

Kem Kawad Pengakap Kanak-kanak PPD Kuala Krai,Kelantan

Bermula 16 april hingga 18 april telah berlangsung Kem Kawad Pengakap kanak-kanak PPD Kuala Krai kelantan. Bertempat di pusat peranginan Gua Ikan Dabong telah dihadiri oleh 117 orang peserta daripada 29 buah sekolah rendah PPD Kuala Krai.Perasmian Penutup telah dilakukan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai En Ramali B Deraman. Kem ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pasukan Latihan Pengakap Daerah diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Kuala Krai En Rosdi Hassan dengan dibantu oleh Pasukan Pengakap Kelana Bachok, Pengakap Kelana Kuala Krai,Peraja Kota Bharu dan turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Bachok.


Sesi pendaftaran bermula jam 2.30 petang diuruskan oleh AJK pendaftaran diketuai puan SU Pasukan Latihan Pengakap Daerah


Gambar-gambarLatihan kawad

Sabtu, 18 April 2009


Latihan untuk malam persembahan


Belajar membuat ikatan


Persembahan kumpulan Fatin tidak kurang hebatnya pada malam persembahan


Peserta sedang membuat persembahan pada malam kebudayaan


Barisan jurulatih dan peserta mendengar ucapan Penolong PPD Kuala Krai pada hari terakhir.


Menerima sijil dari Penolong Pegawai Pelajaran daerah En Ramali Deraman di majlis penutup


Pengakap Kelana yang membantu bahagian masakan


Selamat tinggal Kem Kawad Pengakap



Dalam perjalanan pulang singgah di Dabong membeli minyak ubat untuk Fatin sempat juga berposing berlatarbelakangkan air terjun gunung Stong.

Rabu, 15 April 2009

Berita Sinar Harian

Perkhemahan buka minda pengakap muda

KUALA KRAI - Persekutuan Pengakap Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Krai bakal mengadakan kem kawad selama tiga hari bertempat di lokasi perkhemahan Gua Ikan bermula esok.

Menurut Penolong Pegawai Seranta Persekutuan Pengakap PPD Kuala Krai Kamal Azmi Jaafar, program tahunan tersebut bertujuan untuk memberikan kemahiran pengakap kepada kanak-kanak seluruh daerah ini.

“Perkhemahan kawad ini bertujuan memberikan latihan dan asas kawad kepada pengakap kanak-kanak iaitu mereka yang berada di sekolah rendah.

“Ia juga adalah salah satu program pelaksanaan yang terdapat dalam aktiviti persekutuan pengakap setiap tahun. Pada masa sama, kami percaya ia dapat menanamkan semangat cintakan negara melalui setiap atur cara pengisian program yang bakal dilaksanakan.

“Selain itu, melalui aktiviti yang diadakan sepanjang tiga hari tersebut, para pengakap akan dilatih melakukan kerja berpasukan untuk membentuk semangat kerjasama yang sememangnya amat penting dalam menjayakan sesuatu pekerjaan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, tahun ini Persekutuan Pengakap PPD Kuala Krai berhasrat untuk menggiatkan kembali aktiviti mereka demi menambahkan pengetahuan dan kemahiran pengakap kanak-kanak daerah ini.

“Kami berharap dengan perkembangan terbaru ini, kami dapat membuka minda pengakap kanak-kanak agar mereka dapat menyelami sendiri pengalaman dan merasai suasana perkhemahan.

“Program ini bakal disertai oleh kira-kira 160 pengakap iaitu melibatkan 40 buah sekolah rendah di dalam PPD Kuala Krai. Ia melibatkan empat peserta dari setiap buah sekolah.

“Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Krai, Rosdi Hassan berharap program kali ini akan berjalan lancar dan mencapai matlamat yang disasarkan untuk semua pihak,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, program tersebut yang bermula pada 16 sehingga 18 April bakal dira

Isnin, 13 April 2009

KENYATAAN AKHBAR BERSAMA PEMBERITA SINAR HARIAN ZAIMATULJUWITA

Kem Kawad Persekutuan Pengakap Malaysia peringkat PPD Kuala Krai akan diadakan pada 16 april hingga 18 april 2009 bertempat di gua ikan dabong. Kem ini akan disertai oleh 160 orang pengakat kanak-kanak dari seluruh sekolah rendah PPD Kuala Krai. Manakala bagi pengakap muda dan pengakap remaja akan diadakan pada 23 hingga 25 april ditempat yang sama. Kem ini akan dikendalikan oleh Ahli Pasukan Latihan Pengakap Daerah di bawah naungan PPD Kuala Krai.Objektif Kem kawad ini diadakan adalah bertujuan:

Memberi kemahiran berpengakap kepada ahli pengakap kanak-kanak
Menanam semangat cintakan negara
Memberi pendedahan asas berkawad
Melaksanakan salah satu aktiviti dalam pergerakan Pengakap
Membentuk semangat bekerjasama di kalangan pelajar sekolah
Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada pengakap
Meluaskan minda dan pemikiran terhadap perkembangan dan suasana berpengakap.

Persuruhjaya Pengakap Daerah En Rosdi Hassan amat berharap agar Kem ini akan dapat melonjakkan Kecemerlangan pengakap daerah Kuala Krai . Kem ini akan dirasmikan penutupnya oleh PPD Kuala Krai Tn Hj Zulkifli Mohd Nor.
Sekian terimakasih.

En Kamal Azmi Jaffar
Pen. Pesuruhjaya Pengakap SerantaDaerah Kuala Krai
Sk Temalir.

Ahad, 12 April 2009

BAKAL LOKASI KEM KAWAD KAKI PENGAKAP KANAK-KANAK,PENGAKAP REMAJA DAN PENGAKAP MUDA 2009 PADA16-18 APRIL DAN 23-25 APRIL

Blog Widget by LinkWithin