Selasa, 25 Ogos 2009

KECiannya Adam di TiGA Ramadhan

Ahad, 23 Ogos 2009

Lamunan petang di hari ke dua Ramadhan

Mengelamun pada hampir senja di bulan ramadhan. membawa diri ini jauh ke awan-awangan. Enaknya bermonolog seorang diri. Anak kecil ini diwan Muhammad tergangga kerisauan

Jam hampir enam petang, mamanya belum pulang dari kursus pgsr di Mizan Besut. Setelah pagi-pagian sesudah subuh meninggalkan keluarga.

Jam sepuluh pagi tadi akim bangkit dari tidur, itupun setelah menerima sms dari ustaz zul. membersihkan diri dan mengangkut anak-anak ke rumah tokmanya, Biarlah duduk di situ buat sementara hari ini.

Akim meluncur ke Kota Bharu bersama Ustaz Zul, niatnya mencari beberapa kodi kain pelekat buat dihadiahkan kepada member-member yang sewaktu dengannya. Singgah di pejabatnya di jalan pekeliling sembahyang zuhur dan mengambil cek elaunnya dan terus ke Pejabat Pas untuk mengambil kain-kain palekat. Dalam perjalanan pulang singgah di tepi sungai dekat simpan tesco buat membeli ayam percik yang masyhur itu.

Lamunan ini terhenti, deruan angin petang berombak-ombak menyapu wajah akim, terasa lembut bicaranya. Diwan meronta-ronta meminta dilepaskan dari ribaan, pasti gril pintu itu akan dipanjatnya. Di dapur Dhiya dan Mira membebel memarahi Amalina dan Adam mungkin menganggunya.

Jam enam setengah petang, mamanya belum menampakkan wajah, pastinya wajah yang keletihan. Terpaksalah akim yang menanak nasinya untuk berbuka hari ini.








Sabtu, 22 Ogos 2009

MEMBUTA DI SATU RAMADHAN

Selepas menikmati sunat sahur dan tunggunya untuk menyelesaikan sembahyang subuh, apa lagi terus tarik gebarnya..membuta di satu ramadhan....zzzzz

Jam 10 pagi terus ke masjid aljauhar untuk meninjau program pengarah mtd Guchil menyampaikan kuliah pagi sabtu kepada muslimat. sampainya di situ program sudah selesai. mengambil masa beberapa minit, berbual-bual dengan teman-teman.

Menelefon mamanya, lauk apa yang hendak di beli. mamanya ajak ke machang. Menghala ke pasar peladang machang membeli dua ekor siakap, seekor gelama dan sekilo kembung yang segar serta barangan lainnya. Balik dari machang terus merebahkan badan dan membuta lagi.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Hari ini cadangannya berbuka puasa di rumah adik, di kampung peria. Mamanya akan memasak stimbot ikan siakap dan percik ikan gelama serta kembong... meleleh air liur akim dibuatnya.

Setengah jam sebelum waktunya, semuanya sudah siaap dan akim serta anak-anak buah sudah ready dan siap dengan mengelilingi juadah, first mata ini memandang cendol itu.... waduh, semangkuk besar itu mesti abis punya. secondnya mata memandang stimbot dan percik ikan itu, waduh harum baunya, amat-amat sedap...

Kita buat tahlil dahulu, lepas tu baca doa...

Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba, beduk pun berbunyi, alhamdulillah........

Malam ini malam yang kedua akim dan keluarga sembahyang terawikh di masjid kampung peria, anak-anak gembira bersembahyang di sini kalau nak dibanding bersembahyang kat masjid pondok, mungkin kat sini sepupu-sepupunya ramai . akim sembahyang terawikh 8 rakaat sahaja, lepas itu terus ajak keluarga balik terus ke rumah di sungai durian.

Menjenguk pc seketika dan selepasnya terus..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Ahlan Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua sahabat khasnya bloggers. Semuga dengan kedatangan Ramadhan pada kali ini akan menambahkan ke taqwaan kepada Allah SWT.

Bulan Ramadhan adalah anugerah Ilahi kepada hambanya yang benar2 beriman untuk mencapai tahap ketaqwaan kepada Allah SWT. Sebln kita akan berada dibulan Ramadhan seumpama seperti kita memasuki sebuah Universiti @ IPT, disini kita akan diberi Tarbiyah pendidikkan dgn sempurna. Hanya mereka yg betul2 belajar dn mengikuti penuh minat kepad apelajaran serta dapat menerima tunjuk ajar daripada pensyarah sahaja yamg akan berjaya dan akhirnya mendapat segulung ijazah.

Begitulah juga sebulan di bulan Ramadhan ini, hanya mereka yang dapat menghayati sepenuhnya pengertian Ramadhan serta dpt mengikuti perintah dn larangan Allah shj lh yg akan mencapai darjah ketaqwaan kpd Allah SWT.

Bulan Ramadhan bulan diturunkan AlQuran, perbanyakkan lah membaca kita suci ini krn Allah lipatkali gandakan pahala membaca Al Quran. Ramadhan mendidik kita menjadi Insan mulia dgn menggalakan sedekah, oleh itu perbanyakkanlh bersedekah dibln yg mulia ini.

Rebutlah LailatulQadar yg Allah berikan bonos kpd hambanya yg benar2 berpuasa dgn keimanan dn penyerahan diri kpd Allah.

Marilh kita mengutip sebyk mungkin pahala yg berselerakkan ditabur oleh Allah di bulan Ramadhan ini. Mudah2an kita termasuk dikalangan minalmutqqin... Amin.
Wassalam....

Rabu, 19 Ogos 2009

TerimaKacih..terimA KACih...Terima kacih Blogger Razie

Hari ni balik kat rumah agak lewat cikit. Macam biasa la... dengan dua anak kesayangan di atas kereta, Adam dan Diwan.

Membunyikan hon di hadapan pintu pagar, mengharapkan dhiya atau madiha atau mamanya membuka pintu pagar. Nampaknya terpaksalah akim turun dan buka sendiri pintu pagar. mungkin tertidur.

Akim dengan dua anak ini terus masuk dalam rumah dan terkejut. Oh...ada suprise rupanya. Amalina membocorkan rahsia..besday papa...besday papa....mama beli kek dan hadiah, katanya.



Membuka blog malam ini, kerkecut melihatnya, ucapan harijadi dari blogger razie..terimakacih ustaz razi... tak tau pun hasratnya minta belanja makan, ok..ok..ok.. besok akim belanja razi , fizafaris dan an nur. lebih specil lagi dan kalau line clear, kita keluar makan kat restoran damar atau peladang pada waktu rehat. okey deh. pekena kari kepala ikan.

Bagi akim...besday ni hanyalah gurau-gurauan sahaja. tak berapa sukalah wat sambut-sambutan tuh, macam mama dan anak-anak buat tuh, bagi akim, kita perlu berfikir dan muhasabah diri, setakat mana ibadat kita ke hadrat Allah SWT dengan usia yang yang masih tersisa. tapi takkan nak larang ya...terjemahan kasih sayang mereka.

Buat keluarga tercinta dan rakan blogger, akim mahu kita dengan penuh kesungguhannya beramal dan beribadat serta mempunyai hati yang penuh tulus ikhlas. Penuh kejujuran dan penuh kasih sayang. Kita juga perlu menitiskan airmata dengan kebesaran Allah SWT dalam mencipta kehidupan kita ini.

Sebut kari kepala ikan, teringat akim pada blogger2 tukang masak. dan petang semalam akim telah menjamu selera di citycafe lundang kb bersama mentor ustaz zul. Perkena kari kepala ikan sebesar kepala lutut, telor goreng indo, dan fresh epal. apa lagi sampai pagi keesokkanlah kenyangnya, syukur Alhamdulillah.

Selasa, 18 Ogos 2009

MOHD FIKRI AMIR


Hari ini akim terpaksa mengambil cuti. Menghantar dan menemani anak saudara dengan rutinnya beberapa bulan sekali berjumpa doktor pakar di HUSM. Mohd Fikri Amir Muhammad 9 tahun telah disahkan mengidap jantung berlubang sejak kecil lagi. sejak allahyarham abahnya meninggal dunia, akimlah tempat mereka bergantung dan akim pula, sangat gembira menerima tanggungjawab ini. Lebih kurang pukul12 tengahari selesai dan pulang.

Isnin, 17 Ogos 2009

ANTARA Abu Bakar Ellah dan Monalito Montoya

Pagi tadi agak gempar sikit. Gempar apa ya.......biasanya kalau gempar tu, ada ular ke..ada haiwan bisa ke..atau ada aksiden ke......bos mengamuk ke.....

Nak jadikan cerita akim tak sempat nak sikat rambut masa kat rumah pagi tadi. so sampai kat sekolah sebelum turun dari kereta, akim pun lurut-lurutlah rambut supaya nampak kemas. Akim bimbang la, takut kena tegur dek Bos tuh. Bukannya apa, bos akim tu perempuan, banyaklah mulutnya. pot..pet...kata orang. ada yang kata ada satu mulut, ada kata dua mulut dan ada yang kata tiga mulut, tak kisahlah, asal gunanya untuk perkara yang betul.

Akim terus pergi kantin, tak naik pun pejabat. takut serempak dengan bos, tak tulis nama ke? biasala tu... kalau kereta akim ada, bos akan tulun tuliskan.

Masuk aje kantin, terus diketawakan, apa hal? cemas juga dibuatnya. Kata yang perempuan tuh, tak padan tua, rambut macam budak, macam x sihat, kureng ....bla...bla...bla....

Ni la susahnya, rambut panjang sikit pun x boleh, pendek pun x boleh...adussss.

Mujurlah juga ada kawan-kawan yang baik hati, tolong sejukkan akim, kalau tidak sudah tentu akim mengamuk. Tau tak apa yang akan akim kata?.

"tak payah nak komen la... muka mu pun aku tak selera nak tengok dan berselisih, nak muntah ada.....dahla body macam tempayan, muka berkerutu macam...." tak tergamak nak sebut.

.........................................................................x.........................................................................................

Tentang rambut nih ,sebenarnya akim tak perasan pun macam Abu Bakar Ellah dari sarawak tu.
Tetapi kalau macam Monalito Montoya tu ada kan. tapi biarlah, kalau komen-komen macam tu bolehlah kita bergelak ketawa. Terhibur. Aku kata kat hang, hang kata kat aku....macam blogger razie dan fiza, mereka amat bagus dan menyejukkan serta happy.





Ahad, 16 Ogos 2009

Untuk Blogger Tukang Masak...he..he..

Tarikh Lahir pada 21 hb

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

HiBURan PEtang

KISah SeorANG Gadis DenGAN Pelancong

Seorang gadis yang bernama eliey Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di KB mall.

Gadis: ' I'm sorry '
Pelancong: ' I'm sorry, too '

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis: ' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis: 'I'm sorry, five '

Sabtu, 15 Ogos 2009

sIAPA LAhiR tARIKH inI- SUATU GURAUAN SAHAJA

pETIKAN DARI blok ME IN MY mUG
(terimakasih blogger fIZAfaris )

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Masam-masam MAniS-kisah hari ini



Mengikut diarinya mesti bersama Ustaz Zul ke perasmian Sukan Pasti Al Ummah sebagai aktiviti pagi ini. Keluar jam 9.00 pagi dari rumah dan minum teh tarik di kedai Roti Canai Depan Pejabat Khidmat MTD Guchil 3. Semua naga-naga ada di situ. Ustaz Will Nara, Che Pa Bekok, Nasir Cermin, Tok Ngulu Mat Serebeh dan juga Abe Soh Leha serta lain-lain.


Berkumpul seperti hari-hari yang lalu, mengulangi bicara yang sama, ketawa cara yang sama dan akim tetap cara akim sendirian berhad. Ada identiti kan. Ketawa mestilah bunyinya besar dan bergema....gurau aje tu, taklah sampai macam tu.

Jam sebelas terus bertolak ke Pasti Al Ummah Guchil 7. Setelah snap beberapa keping gambar dan beramah mesra dengan ibubapa dan yang pastinya ustazah-ustazah Pasti tersebut. Akim
memohon diri untuk beredar, hari ini akim ada exam di OUM.





Jam 12 Memecut terus menghala ke Kota Bharu bagi menyelesaikan satu misi yang wajib. Menghadiri exam semester mei 2009 dengan kertas Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Salah satu kertas yang perlu lulus bagi pengajian Akim. Dalam perjalanan sempatlah Akim singgah di Ketereh.

Semalam tidor lewat dan sering terjaga dek beronarnya anak kesayangan Diwan Muhammad. Beberapa minggu ini begitulah keadaannya. Akim dan mamanya begitu letih melayan kerenahnya. Ada-ada saja yang membuatnya meronta, menangis dan bertempik. Bukannya sebab apa, mungkin dia mengetahui dia akan mendapat adik. Lagipun mamanya sedang dalam proses meninggalkan cucu badan. Minum cucu badan lagi ?.. ya, atas sebab itulah anak laki kesayangan ini sering beronar. Mamanya melumur-lumurkan serbuk nescafe ke cucunya. maka merajuklah ia....


Sampai di Oum Lundang tepat jam 2.00 petang. terhegeh-hegeh masuk dewan. Nombor kerusi 116 depan sekali. tak kreatif langsung, mata dok tengok pengawas yang berjambang tu....kita kan dalam dok pk-pk tu mestilah nak cari ilham.. tapi, tak selera I.

Boleh jawab ke periksa tu...? tanya si mamanya apabila sampai di rumah maghrib tadi....

Uhhh..akim pun jelaskan satu persatu... Masa periksa 3 suku jam, 45 minit dah pun siap. ling fikir sendirilah....dahlah perut berkeroncong pen pun pinjam kat jaga di pintu masuk dewan. Slip nak masuk periksa pula tertinggal dalam kereta. Mata pula mengantuk, tubuh pula amat letih, Seharian perut belum masuk apa-apa lagi kecuali teh tarik pagi tadi. Dahla tepon kat member ajak keluar, dia ada kerja. Makan nasi lepas tu kena pula sepinggan dengan air nescafe o beng RM 10.00. lepas tu tepon pula habis bateri. Masuk Billion pula, masa nak bayar Rm 320, tengok-tengok duit ada Rm 290. Kena hantar balik setengahnya buat cukup RM 290.

Begitulah kisah akim hari ini. Bukannya ada apa-apa pun, nak cerita aje. Besok ada lagi satu exam kertas psikologistik dan sumantif. Akim nak baca kuat malam nih. Jangan silap faham, baca kuat tu bukan baca dengan suara yang kuat. Harap-harap tak ada siapa yang menganggu akim ajak keluar.

Lepak di meja komputer ini, akim sedang menghafal satu persatu .

Sempat juga melayan perasaan sambil mendengar radio kelfm dengan dj kesayangan ramai iaitu fiza. SELAMAT HARI LAHIR FIZA. akim begitu terhibur di kelfm malam ini. Tq blogger razie atas info dalam n3 petang ini.

Khamis, 13 Ogos 2009

Kesibukan Khamis

Kelmarin, agak sibuk sedikit.Selepas pulang dari sekolah terus akim pergi ambil adik di Peria. Adik dengan keluarganya iaitu seramai tujuh orang anak-anaknya yang masih kecil dari umur setahun hingga empat belas tahun. Anak-anak yatim kerana abahnya telah meninggal dunia lapan bulan yang lalu. Akimlah yang ambilalih peranan sebagai bapa dalam keluarga anak-anak sedara tuh.

Destinasi pertama ialah ke rumah sepupu di kampung Tualang Tinggi, Selising.Melawatnya Paksu Hussin yang akan berangkat ke Mekah sabtu ini. Paksu Hussin adalah satu-satunya sepupu yang paling tua dalam keluarga akim sebelah bonda.


Dengan van unser yang penuh sendat ditambah dengan akim dan mamanya serta lima anak-anak bergerak perlahan-lahan. Singgah di Machang kerana akim ada urusan di sana. Seorang lagi adik akim iaitu Paksu Li juga follow bersama dengan kembaranya yang juga penuh sendat.

Kami tiba lebih kurang pukul lima,dan tidak lama kemudian tiba juga sepupu akim yang tinggal di Pasir Tumbuh bersama keluarganya.

Dalam pukul enam lebih berangkat pula ke Kampong Parit, Pasir Tumboh untuk menghadiri majlis tahlil anak sedara yang meninggal dunia seminggu yang lepas.

Dalam Pukul 10 lebih pulang ke Kuala Krai.

Rabu, 12 Ogos 2009

ANtara boroi DAN kuruss

N3 akim kali ini bukanlah nak menyentuh pada sesiapa, kalaulah ada teman-teman blogger yang terasa, akim mohon maaf sebanyak-banyaknya. Bukan apa kan, boroi dan kurus ni kan adalah sesuatu yang amat sensitif bagi yang tidak menyukuri anugerah tuhan. so akim tak nak lah mengata banyak-banyak sekadar nak menceritakan tentang mamanya.

Setiap penyakit ada ubatnya, nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Alkisahnya, balik dari sekolah tadi, niat akim nak tidurlah kejab. masa tu mamanya dan anak-anak belum pulang kerana ada tusyen. dua yang kecik tu pun dah tidur.

Akim terjaga apabila dikejutkan mamanya.." jeng....jeng...jeng..."jerit mama . Apa benda mama nih. ada suprise ke? fikir akim.

"ni dia" sambil ditunjukkan sesuatu dalam bungkusan."apa dia ling", akim fikir mungkin baju baru akim sempena besday akim. Tapi besday akim lambat lagi.

"Ini pakaian dalam , tujuannya untuk kuruskan badan, yeah". Mama membukanya dan tunjukkan pada akim. Ohhh..."Berapa reganya ling", tanya Akim. Seribu dua ratus , bayar ansuran. "tapi kan ling pregnant, mestilah perutnya gemuk".kata akim penuh diplomasi." Oooi che abang, lepas bersalinlah pakainya".

"Jadi untuk sementara waktu nih, abanglah yang kena memakainya. perut pun dah semakin boroi.. nanti tak boroilah lepas nih".kata mama.

noooo...tak sanggup I...

Begitulah kisahnya petang tadi. Sebelum akim tinggalkan n3 ini , akim naklah menyebut dan memperkenalkan pemboroi-pemboroi di sekolah akim sekarang ini iaitu....jeng..jeng...(senssor). jangan mare ya ustaz ya...


BEtul AtaU TiDAK

(Petikan Dari Blog mE in My MuG)
Terimakacih Fiza

Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.


Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

Selasa, 11 Ogos 2009

Orang Berblog, Kita Berblog

Masa Akim belajar dahulu, manalah ada komputer, laptop jauh sama sekali.Masa last semester diMPKT nampaklah budak-budak junior bawak disket,pi mai pi mai. Maktab pun baru memiliki dua tiga biji pc. Masa tu ayahanda baru saja menghadiahkan sebuah typewritter kerana berjaya masuk maktab .Terimakasih terbanyak-banyak buat ayahanda yang telah meninggalkan dunia fana ini 10 tahun yang lalu.

Mesej ayahanda adalah jelas iaitu keperluan semasa, ayahanda mengajar tentang perlunya berada sebaris dengan teknologi dan kemajuan. Walaupun ayahanda hanya mendapat pendidikan pondok sahaja dan menjadi imam kampong tetapi aspirasinya sangat tinggi. Kalau keluar ke bandar mestinya dibelikan Akim newspaper inggeris dan melayu.

Aspirasi tadilah menyebabkan akim juga sibuk menampilkan diri di ruang ini. Orang berblog kita berblog. Walaupun usia sudah selayaknya dipanggil pakcik dan lagak saja muda dan sengaja mempunyai kenalan yang separuh usia muda, tetapi tidak membataskan ruang bicara. kerana orang muda inilah yang berkemahiran dengan kemajuan semasa, dan kita boleh menumpangnya.

Akim percaya usia tidak membataskan pergaulan bahkan mereka perlu diberi nasihat yang sesuai dari kita sebagai insan yang sudah merasai asam garam kehidupan..dan merekalah generasi pelapis yang bakal membawa negara, bangsa dan agama ke mercu kejayaan.


INILAH kenderaan masa Akim kanak-kanak dahulu berbanding dengan kenderaan blogger Razie gambar bawah.(Andaian sahaja)

Isnin, 10 Ogos 2009

Roti Ppaye



pETang ini akim berada di kedai roti ppaye jali guchil. Perkena roti dengan gulai kambing.Sejak dua mejak ni,boleh dikatakan tak miss soru roti ppaye gulai kambing nih. Lebih-lebih lagi member Akim iaitu Ustaz Zul telah dilantik sebagai Pengarah MTD Guchil. Dia pun lepak petang di situ juga. Tiap petanglah juga Akim terpaksa bersamanya.

Akim suka makan roti ppaye. Disamping rasa yang enak, ia juga boleh mengenyangkan. Sebab itulah sejak dua mejak nih mamanya tak payah susssah-susssah memasak untuk Akim. Anak-anak pula sudah memadai dengan makan burger special.

Sebenarnya akim ni, seboleh-bolehnya nak mengelak makan malam dengan nasi nih. Orang kata makan nasi waktu malam ni boleh membawa masalah kepada kesihatan. entahlah....Manakala roti ppaye pula ialah makanan orang-0rang pan Arab. Barangkali akim ni ada darah arab kut.

Malam ni, seperti malam-malam sudah, akim keluar kat warung sebelah proton Sungai Durian tu. member-member kamcing sudah sedia menunggu.....Pekena mee goreng basah sepinggan. Ayoyoooo...

Ahad, 9 Ogos 2009

JiWa YanG CaCamarBA


Lewat pulang dari sekolah. Aku termenung seorang diri dalam jiwa yang cacamarba.Mencari identiti yang sebetulnya.

Berehat di bilik ini untuk mencari akal. Sebentar tadi telah keluar lima orang muridku yang telah menolong menyiapkan hiasan langit bilik ini. Aku terpesona, tersenyum sendirian. Biarlah bilik ini menjadi bilik yang tercantik dan terilmu. Aku yang akan memutuskan kerana aku tahu dan tahu la....


Adakah kita perlu hidup seperti robot? oh tidak.. juga hidup tidak keruan. Kita ada akal, ada firasat, ada panduan dan ada segalanya. lu fikirlah sendiri.

Paginya Bos membebel di perhimpunan mingguan. "Jangan ada murid yang rambut panjang, mesti digunting, kalau ada di kalangan guru yang rambut panjang, murid juga boleh menegurnya..." matanya menjeling ke arahku, aku resah, senyum sendirian...ah, ada-ada saja Bos nih.

Selesai perhimpunan, ia mendatangiku, speaking yang tak berapa jelas, membetulkan tile aku,"rambut cikgu tu panjang,kena gunting". Aku tergaman ah.."tukang Gunting kegemaran saya cuti seminggu bos ,"dalihku..ia mengilai perlahan keh..keh..keh.. Aku tersenyum, aku tahu , hentamlah apa saja asalkan ia menyeronokkan. Itu tabiat yang aku sudah masak dengannya. "tolol yang tak habis-habis", getusku...lagaknya lebih..apa pom tarak.

Ke kantin, mencari sesuatu yang menghiburkan. Ah.dunia hampir gelap. ke manakah mataharinya. mungkin terlindung dek awan mendung. Aku ke kereta ,menghidupkannya dan terus menghala pulang...anak-anak di rumah pengasuh perlu di ambil, ini tugas hakiki.

Matahari bersinar kembali ketika sedetiknya awan berarak.

Rabu, 5 Ogos 2009

Lawatan ke MRSM Kuala Krai

Hari ini Akim ditugaskan oleh bos membawa murid ke hari terbuka MRSM Kuala Krai. Sebenarnya akim ni jenis malas untuk membawa pelajar membuat lawatan ke luar sekolah. Lebih baik dok kat sekolah, banyak kerja yang boleh dibereskan. Dalam pada itu, akim pun mintalah dari bos tambah dua orang guru perempuan menyertai rombongan. Maksud akim dua orang guru perempuan yang baru posting dua hari lepas kat sekolah akim. Bos terus setuju.

Rombongan sekolah seramai 40 orang murid dan 4 orang guru. Semua murid menaiki sebuah bas dengan ditemani oleh 3 orang guru. Akim memandu bersendirian. MRSM Kuala-krai yang jaraknya lebih kurang 20 km dari sekolah akim.
Kami tiba kat MRSM dalam pukul 9.00 pagi. Setelah selesai proses pendaftaran dan mengambiltempat dalam dewan, Akim pun minta izin dari rakan guru pengiring untuk balik semula ke sekolah.

Isnin, 3 Ogos 2009

Hari JAdi MaMa dan anak-anak.

Baru-baru ini keluarga Akim mengadakan sambutan hari jadi buat mamanya. 1 ogos adalah hari yang sentiasa terlekat dihati Akim dan anak-anak. Dalam buat harijadi untuk mamanya terus diadakan serentak sambutan harijadi buat kelima-lima anakanda. Majlis yang serba sederhana tanpa jemputan tapi penuh kasih sayang....


Ahad, 2 Ogos 2009

Ya...Aku Seorang Guru...

Tahniah kepada seorang kawan akim yang berjaya menjawat jawatan guru ganti disalah sebuah sekolah nun di utara negeri.
Kau bolehlah merasai bagaimana menjadi seorang guru. Ada dukanya dan ada sukanya. Pahit manis akan kau tempuhi jua. Selamilah pekerjaan ini sedalam-dalamnya sebagaimana kau menghayati tugasmu yang sebenarnya. Hargailah pengalaman ini sebagai titas untuk meneruskan perjalanan hidup. Akim doakan karier ini mendewasakan kehidupan.

Akim seorang guru tua. Puisi ini sering menjadi sumber inspirasi......

Ini hanya gambaran sahaja, kawan Akim tu sebenarnya lebih cantik dan menawan.

Ya.......AKU SEORANG GURU
Karya : Wahyu Deni Aryani

Canda dan tawamu selalu terdengar riuh

Senyum mudamu selalu penuh semangat

Ketulusan dan kepolosanmu selalu memberi warna

Kau laksana lilin, kecil tapi menyengat

Kaulah alasan terbesarku untuk tetap di sini



Lama untukku menemukan nyalaan ini

Dulu.... jujur ku akui

Bukan sepenuhnya keinginanku untuk bersamamu

Bukan..., bukan jalan ini impianku

Kupaksakan diri menikmati hari

Lama ku lalui jalan berliku

Meski menanjak, menentang arus asaku



Kini....saat aku bersamamu

Melihat kau tumbuh dewasa

Sadarkanku betapa waktu cepat berlalu

Melihat kau dengan keunikanmu

Sadarkanku betapa kau butuh kumengerti

Melihat kau menangisi kegagalanmu

Sadarkanku betapa kurangnya perhatianku

Melihat kau berjaya dengan prestasimu

Sadarkanku betapa ....aku sangat bangga padamu



Muridku....anakku sayang

Terimakasih untuk jalan indah yang kau tunjukkan

Kaulah yang membuatku terus melangkah

Kaulah yang menyalakan semangatku

Untuk berkarya, berkarya dan terus berkarya

Kini dengan bangga kubusungkan dada

Inilah aku.... seorang guru

Ya....aku seorang guru.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Anak Sedara Parah dalam kemalangan

Jam 10 malam tadi, bergegas ke HUSM Kubang Kerian melihat anak saudara yang kemalangan. Wan Mohd Azizi Wan Mokhtar 16 tahun telah terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal di Kampung Parit,Pasir Tumboh lebih kurang jam 6.30 petang tadi. Dia telah ditemui terlentang di jalanraya bersama motosikalnya oleh orangramai.

Anak Saudara yang mempunyai 4 adik beradik ini merupakan anak yang ke tiga yang ditinggalkan oleh abahnya yang menyahut seruan ilahi ketika Wan Azizi berumur 10 tahun. Keluarga ini menetap di Kampung Parit Pasir Tumbuh iaitu kampung asal Akim. Abahnya ialah antara dua abang Akim yang telah meninggal dunia.

Keadaan Azizi agak parah dan belum lagi sedarkan diri. Dia dibantu dengan pernafasan tabung oksigen, menurut doktor ada perdarahan dalam kepala dan lengannya juga patah. Doktor akan melihat perkembangan perdarahan itu dalam beberapa jam lagi untuk membuat keputusan. Manakala lengannya akan disimen. Semoga Wan Azizi akan stabil dan beransur sembuh.

Blog Widget by LinkWithin