Ahad, 20 September 2009

AKIM DI SATU SYAWAL









MENZIARAHI PUSARA AYAH BONDA DAN SAUDARA

AMALINA BERSAMA SEPUPUNYA DI KUBURAN DI PAGI SYAWAL


DI PUSARA BONDA TERCINTA





DI PUSARA AYAHANDA YANG DIRINDUKAN SELAMANYA




ANAK-ANAK SAUDARA AKIM, AIDIL 4 TAHUN, AMIR 9 TAHUN, AISHAH 12 TAHUN DAN AZHAARI 14 TAHUN DI PUSARA ABAHNYA



DI KUBURAN PAKLONG INSYAALLAH PENGHUNI SYURGA ALFIRDAUS



MELAYAN SANAK SAUDARA DI RUMAH KELUARGA DI KAMPUNG PERIA


PERIA

Khamis, 10 September 2009

Menjejak KENaNGan

Rabu, 9 September 2009

NIRRA BOOK OF REKOD

Dua tiga hari bulan puasa ini agak teruk sedikit bagi akim. Akim telah dijelmakan menjadi musang. dan menurut mamanya,peristiwa ini akan dimasukkan dalam Nirra World Of Rekod.

Malam rabunya Akim tidak dapat tidur semalaman. Tapi paginya Akim tidur sampai tiga petang.Tapi sebelumnya sempat lagi mesej kat sekolah kata demam, walhal Akim amat-amat mengantuk.Banyaklah niranya keluar. Sebab itulah mamanya nak masukkan peristiwa ini dalam nira world of rekod.

Khamis, 3 September 2009

Permasaalahan Puasa



a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?

a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
- Benar, Menelan air liur didalam mulut tidak membatalkan puasa. Ibn Qudamah mengatakan bahawa perkara ini agak sukar dielakkan sepertimana debu dijalan atau dilantai (al-Mughni 3/16). Jika lidah yang mengandungi air liur terjulur keluar sebentar dan masuk kembali, ia tidak membatalkan puasa, oleh kerana pergerakan lidah dikira sebagai sebahagian dari pergerakan mulut.(Haashiyat Qalyoobi, 2/72)- Menurut Mazhab Syafie, air liur yang diluar mulut atau berada diantara 2 bibir menelannya boleh membatalkan puasa, kerana perkara ini boleh dielakkan.
b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
- Tidak batal puasa menurut Lajnah al-Daa’imah (1/270) kerana hukum menelan lendir hingus semasa puasa adalah sama hukum telan air liur. Ulama’ menasihatkan agar lendir (mucus) tersebut dikeluarkan kerana menurut Sheikh Utsaimin lendir ini sebagai sesuatu benda yang kotor, dan tidak wajar ditelan. Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
- Tidak batal puasa kalau bersiwak, menggosok gigi atau berkumur dengan syarat tidak menelan air tersebut. Syiekh bin Baaz mengatakan boleh menggunakan ubat gigi asalkan dapat mengelak dari menelannya (Fataawa Bin Baaz, 4/247). Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan, lebih elok memberus gigi diwaktu malam (Al-Sharh al-Mumti, 6/407, 408).
d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
- Syiekh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa menggunakan ubat mata (eyedrops) dan ubat telinga (eardrops) tidak membatalkan puasa (Majmu’ Fataawa, 25/233, 25/24
e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
- Syiekh Ibn Qudaamah menyatakan bahawa :’Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa, kerana ini merupakan tindakan tidak sengaja dari pihaknya; sama seperti kes sesesuatu yang yang keluar dari tekaknya semasa di sedang tidur’ (al-Mughni, 3/22). Maka hendaklah dia meneruskan puasa dan mandi (wajib) menghilangkan janabah.
f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
- Pendapat ini (Qadha’ tanpa fidyah) didokong oleh al-Nakha’i, Abu Hanifah dan sahabat2nya. Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi dialam kitab Fiqh al-Shiyam mengatakan bahawa hukum mengqadha’ dan membayar fidyah tidaklah datang dari dalil yang sahih dan hanya melalui atsar para sahabat. Hendaklah kita mengambil dari sahabat perkara2 yang berkenaan dengan sunnah dan bukan perkara wajib, sebab yang wajib memerlukan dalil dari Rasulullah.

Rabu, 2 September 2009

BICARA 10 RAMADHAN

Blog Widget by LinkWithin