Khamis, 25 Jun 2009

MArah dAN MUreh

Kisahnya ada kawan yang marah kat Akim.

Bukan marah betul, hanya gurauan saja. Saja Akim gempak..

Tapi Akim cuba fikir-fikirkan dan cuba bayangkan bagaimana wajah seseorang yang betul-betul marah. Lebih-lebih lagi kawan kita tu perempuan. Tambah-tambahnya mamanya tak pernah tunjuk muka marah. kadang-kadang sakit hati juga padanya . Ikut anak-anak aje, nak buat apapon takpa...

Kalau Akim marah, sudah tentu ada yang menyangka guruh di langit.

Macam ni barangkali..kalau mamanya atau kawan Akim tu marah.":{}+|_)$%##*(@#

Selasa, 23 Jun 2009

Mandi di Bukit Baka

Akim minta maaf kerana sudah lama tidak update blog nih. Kesibukan dan tumpuan idea ke situasi yang lain menghadkan idea-idea untuk dipostkan. Blogger Razi mungkin sudah tahu yang Akim betul-betul bz sekarang nih. Hulu hilir naik jjatuh. Tidor bangun dan bangun tidur.

Ini kisah Akim masa cuti sekolah baru-baru nih. tak basi lagi kan..kan..kan..
Sebenarnya masa hari jumaat minggu akhir cuti tuh, hajat Akim dengan keluarga nak pergi Cameroun.

Mamanya nak pergi borong bunga katanya, apalagi bergumbira lah Adam ,Amalina, Dhiya dan Amira. Lebih-lebih lagi mamanya sendiri.

Papa, nak masak apa nih ,tanya si mama pada malamnya. Alloh.. jenguk-jenguklah blog masakan tu..ada kuih hangit, kek gula hangus, kek pisang, ada posing, ada kuini,ada kerabu kaki dan mace-mace lagi. tiru ajelah..

Pagi tuh...dok fkir-fkir,hai jauh sangat cameroun tu. Bagitahulah kat mamanya, bukankah Cameroun tu kat benua Afrika.Ya tak ya juga kata mama. bincang-bincang ambik keputusan kita pergi pantai melawi sudahlah. Anak-anak pun apa lagi berkinja-kinjalah kegumbiraan kerana dapat mandi pantai.

Selepas jumaat dalam pukul tiga bertolaklah kami tiga buah kereta iaitu member dan bertolak dari Kuala Krai nak pergi mandi di Melawi siap dengan perkakasan perangnya. Yang paling penting mesti ada ialah besen untuk bubuh kain yang basah selepas mandi nanti dan barang-barang nak isi tembolok.

Masa dok atas kereta tu, terfikir juga, dahlah lewat petang bertolak, nanti nak balik pula. kalau macam tu sampai malam lah kat rumah.

Mama..macamana kalau kita mandi di bukit Baka saja. tempat pun dekat aje. Kata mama okeylah. mama pun setuju. teponlah dia orang. masing-masing pun setuju..

Apa lagi, aku pun terus masuk ke Bandar Machang dan terus ke Bukit Tiu dan memasuki simpan Bukit Baka yang dalam dua kilo tu untuk sampai.

Mandilah kami sepuas-puasnya...





Ahad, 7 Jun 2009

MAndi LAuT

Cemburu tengok member mandi laut Apa ? Blogger Razi Mandi laut ? betul Ke? eeeii gembiranya.

Akim adalah peminat mandi laut, so Akim cemburulah lihat dia orang dok mandi laut. tak apa, jumaat nanti kita gi mandi di pantai Melawi. Kesempatan ini Akim postkan gambar member Akim iaitu ustaz Ya sedang mandi laut di pantai nipah baru-baru-baru ini. Dan....




blogger Razi mandi laut di pantai Bisikan Bayu..ha..ha..ha.






Akim Di Majlis PerkaHWInan AdiK IPar


Apa-apa pom, gomo nasi duluh



Pasangan Pengantin Roswari dan Tengku Hazifah




Sapo Pulak kacau daun tu




Kita okey dah, Pengantin pulak beronar




La...Kupala siapa pulak depan tuh..



Ok..Redi 1,2,3 Klak.. jadi dah




MuSIM CUTI ini Yang MEMENATKAN

Musim Ini Akim nak ceritalah tentang cuti sekolah kali nih..

Cuti kali ni macam biasalah, macam orang lain juga. bekwah sini,bekwah sana. baca doa sini,baca doa sana, nikah sini,nikah sana, wak kelik nantu sini,wak kelik nantu sana, naik rumah baru sini,naik rumah baru sana. Tu tak termasuk berkejar ke sana sini untuk bayar bil entah apa-apa. Tak termasuk lagi waris waras sakit sana,sakit sini. Anak-anak pula minta pergi sana,minta pergi sini. uh penat betul... ditambah pula pilihanraya kecil DUN Manik Urai, bual sana,bual sini,kedai kopi sana,kedai kopi sini. Silap-silap boleh darah tinggi .
Aku pun heran, Nikah malam jumaat di masjid,jemput juga. Besok kenduri kahwin,jemput juga.Hari berikutnya hantar menantu, jemput juga. Habih tu kalau ada sepuluh buah rumah, itu rumah adik beradik sendiri, itu rumah adik beradik isteri, itu rumah emak bapa sedara sendiri, itu rumah eemak bapa sedara isteri, itu rumah jiran-jiran, itu pulak rumah kawan sobat.

Aduh...nak kata jimat tak masak dan tak makan kedai,tidak juga, minyak kereta tu..pi mai,pi main habis juga..kira sendirilah iaitu sepuluh buah rumah darab dengan tiga adab maknikam jawabnya tiga puluh kali. tiga puluh kali makan,tiga puluh kali minum air sirap Kelantan water.dah tentu tak masak pun, tiga puluh kali pergi berkenderaan,tiga puluh kali balik berkenderaan. Waduh..
Habis tu,kerja-kerja sendiri macamana? jawab..jawab..jangan tak jawab.

Lain la dengan rakan blogger si Razi tu, orang sibuk kenduri kendara,dia sekeluarga naik fligh terbang pegi makan angin. Yahoooooo yabedu..yabedu...... bukan yahoo.

Blog Widget by LinkWithin