Rabu, 27 Mei 2009

Nostagia Pasar Malam


Pada petang yang berangin ini,Akim keluar dengan anak-anak iaitu Adam,Diwan dan Amalina ke Pasar Malam Bandar. Dalam pada itu nak beli jugalah pakaian dan peralatan kakaknya Dhiya Fariha untuk perkhemahan PESKO sekolahnya yang akan bermula pada khamis ini. Dalam ronda-ronda dan jamu mata itu, tersasul mata melihat sesuatu yang sangat stim dan naik syeh....dadaku pun berombak-ombak, nafas bertiup kencang.

"Ada apa pa?",tanya anak gadis gedikku Amalina apabila melihat wajahku berubah dan pergerakanku terhenti






"Itu",aku tunjukkan sasarannya..waduh. Air liurku semakin melilih...Aku terpaksa jua, menuruti nafsu gelora ini yang mendidih 230 darjah C. Terus merapati nya. "Bagi saya lima bungkus, empat bungkusnya tanpa sambal, okey..terimakasih..Kenalah aku sebanyak dua puluh ringgit pinangan nasi kukus ayam goreng yang mengoda itu.

Menyusur lorong yang riuh rendah itu mengingatkan aku akan sesuatu. zaman remaja yang indah..aku sering berpegangan tangannya di sini. mengucapkan janji manis dan setia. dan gadis itu sekarang telah menjadi ibu kepada anak-anakku.

Di lorong ini senjanya dipenuhi dengan burung layang-layang. menambahkan bingitnya pasar malam . Menyaksikan burung lelayang berterbangan dan berkerumun di kabel elektrik. Tempat tidurnya di waktu malam. Terpesona...tetapi kadang-kadang rasa marah menjelma apabila kepala aku di singgahi najis burung tersebut. Cih....

Suasana Pasar Malam makin rancak, wisel berbunyi menandakan urusan jualbeli mesti dihentikan sementara, dan akan tiba waktu solat maghrib.

Aku memimpin tangan Diwan dan Adam sambil Amalina mengekori di belakang. Perlahan-lahan berlalu menyusuri warung-warung menuju ke kereta. Beberapa sapaan terpaksa dijawab juga menandakan mesranya masyarakat ini. Meninggalkan nostagia yang berulang kembali.


Inilah bendanya yang memberi ilham untuk akim menulis. Nasi kukus ayam goreng.

Isnin, 25 Mei 2009

AmBil UpAH







Ada seorang sahabat yang beria-ia sangat nak kahwin. Dah kahwin tu...mesti beranak pinak kan...kan..kan.. so jadilah seperti akim pada malam ini. Mama dia pergi ngajar tuition. Bibinya kebetulan cuti balik kampong.. Aduhai... tapi ada upah tau...ha.ha.ha. Ingat tau jawa, kunci kata bukan sodap nak sodap.he.he..
PUkul 10 Mama pun balik,apa lagi........mujur ada kapas. maka tak tau apa-apalah aku..






Sabtu, 23 Mei 2009

SEPagian di KEdai Roti PPaye jali






Maafla..terutama gu2 kamcing atlist jawa kerana bz sangat2 dua tiga hari nih. so akim nak massuk cerita akim hari nih. tau tak , sepagi dok cokkah opps atas kerusi di kedai rati ppaye jali. demo tau mana tempatnya. sebelah stesen minyak caltek Guchil, seberang jalan madrasah Aljauhari Guchil. Singgahlah kalu nak rasa. sedap tau..bukan nak promot..nak promot bakpo kedai ore.. ada daging cincang, ada kari kambing,kari ayam,kari ikan,kari udang,..macam2 ada. rasanya boleh lawan la dengan kari masakan ummie erriey tu..ha.ha.ha.
so, masa tu duk la..bua2 dengan gu2,buat statment dengan pemberita harakah lanjusoh, bua2 dengan us zamzuri yang kemungkinan calon pah di manek urai tu,saing us razi bekas tok iman temalir pon ada jugak ..sampai tengahari gitu.

Jumaat, 22 Mei 2009

ALFATIHAH Perginya seorang tokoh Manik Urai


Ketibaan YAB Tuan Guru Menteri Besar disambut oleh Anakanda dan keluarga Allahyarham Paksu Wil.























Perjalanan Terakhir Seorang wira Manek Urai.
Satu Lagenda..





Ustaz Zamzuri Mat Lazim turut mengiringi Jenazah Allahyarham.

Ribuan Rakyat mengiringi Jenazah ke tempat Persemadian


Datuk Haji Husam Musa mengucapkan Takziah kepada isteri Allahyarham






Datuk Haji Husam Musa sempat menziarahi tokoh politik tempatan yang uzur Haji Mokhtar b Salleh di rumah Allahyarham Paksu Wil





Suasana rakyat berasak-asak untuk melihat kali terakhir Allahyarham.

Rabu, 20 Mei 2009

MONOLOG aku SEorang Pengadil





Ketika aku memasuki stadium, lagu Never walk alone bergema diikuti sorakan penonton yang mencecah puluhan ribu, Aku memandang kiri dan kanan,atas dan bawah, ada beberapa titik hitam di rumput. tahi lembu sangkaku, ah..tak mungkin, di stadium Anfield yang sebegini besar takkan ada tahi lembu...biarlah.

Aku menghulurkan tangan dengan pembantuku yang sudah kalih dengan caraku mengadili perlawanan yang besar sebegini.
Pemain-pemain pasukan Liverpool dan Chelsea sedang membuat barisan di sebelah kiri kananku.. ah, aku tak nampakpun Ronaldo, adakah beliau cedera, getus hatiku.


Baru aku teringat Ronaldo sudah dijual ke pasukan Real Madrid,lagipun manalah ada dalam pasukan Liverpool dan Chelsea. Alhamdulillah, aku bersyukur. Kalau tidak penatlah aku mengawasi tingkahlakunya yang tidak sopan.

Tiba-tiba tangan dihulur padaku, masa bersalam-salaman pun tiba. aku teringat semasa anak muridku bersalam-salaman semasa keluar kelas ketika aku mengajar di sekolah rendah di Malaysia sana.


Ah..Anelka menghulurkan tangannya, diikuti Drogba. Pemain ini perlu aku awasi ,aku dinasihatkan dalam mesyuarat pengadil semalam, Drogba adalah antara permain yang sering menjatuhkan diri dalam kawasan penalti di samping Cristino Ronaldo bagi pasukan MU.


Dalam gema sorakan puluhan ribu penonton dengan iringan lagu Never walk alone dengan riuh rendah,gegak gempita, tiba-tiba senyap seketika, Mereka bertafakur.. aku kurang dengar apa yang dimaklumkan oleh Juruhebah tadi...Tapi takda masalah,aku berbisik dengan pembantuku.. the king from ASEAN was pass away...bisik pembantuku yang berasal dari finland.

Ohh My god..Aku teringat semasa menjadi guru sekolah dulu, besok pasti cuti,,oh gembiranya dapat cuti.. tak perlu lagi mengadap guru besar yang macam singa betina itu...Aku dan rakan-rakanku bersorak mengalah anak-anak muridku sendiri..

Pembantuku mencuit bontotku, ah budaya barat .. Ia menunjukkan kepada pemain-pemain yang sudah memasuki padang, aku perlu memulakan perlawanan. Beberapa pemain senyum padaku,,ambil hati barangkali..aku tak akan terpengaruh. Mengendali perlawanan besar sebegini, pastinya memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Ehhh..macam lagu hindustan berbunyi. Di mana ya..


Pok.. bahuku ditepuk dengan kuat .. apo bende.. Terkejuk lembu , aku. aku...aku...


Aku perlu meniupkan wisel, mereka menungguku..lagu bollywood berkumandang..

Ah.. pengadil rebut kerusi ibu-ibulah yang sebenarnya aku...

Selasa, 19 Mei 2009

KEJOHAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

Pengacara dan AJK siaraya...diimpot khas dari Bollywwod
Pegawai-pegawai KOAM sekolah yang terlibat di meja urusetia
YDP PIBG menyampaikan hadiah


Barisan Dhif jemputan terdiri daipada Pegawai PPD,Para duta-duta Arab dan korporat

Acara kaum ibu Kail botol. Bilakah acara ini agaknya nak di serap di olimpik
Acara Ibubapa Lari dalam guni


KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH. ACARA PADANG

Cikgu serbaboleh, Pengadil pom buleh,DJ pom buleh,Berblog pom buleh.Senyum sokmo. he.he

Gaya lompat parit
Macam biasa la.. ada macam-macam gaya lompatan. Ini gaya lompat tali

Ukur jangan tak ukur


Ada gaya
Tinggi seciput pun tak lepas

Wakil negara Jepun pun tak lepas, inikan pula wakil rumah




Isnin, 18 Mei 2009

Sekadar melepaskan tension







Kazadukin maltiku polu kikiksa puij . Kazadukin mhuelumi muki kazadukin kolu polu juyukha.losoritu kudu dasuha paduk.mada kolu watiku patu.Kodu-kodu kusata dasoron kusitsa. badadu lia kuraj dadig.kazadukin mada liyuka kolu polu. wakdas jut kalitun buka.

Blog Widget by LinkWithin