Rabu, 27 Mei 2009

Nostagia Pasar Malam


Pada petang yang berangin ini,Akim keluar dengan anak-anak iaitu Adam,Diwan dan Amalina ke Pasar Malam Bandar. Dalam pada itu nak beli jugalah pakaian dan peralatan kakaknya Dhiya Fariha untuk perkhemahan PESKO sekolahnya yang akan bermula pada khamis ini. Dalam ronda-ronda dan jamu mata itu, tersasul mata melihat sesuatu yang sangat stim dan naik syeh....dadaku pun berombak-ombak, nafas bertiup kencang.

"Ada apa pa?",tanya anak gadis gedikku Amalina apabila melihat wajahku berubah dan pergerakanku terhenti






"Itu",aku tunjukkan sasarannya..waduh. Air liurku semakin melilih...Aku terpaksa jua, menuruti nafsu gelora ini yang mendidih 230 darjah C. Terus merapati nya. "Bagi saya lima bungkus, empat bungkusnya tanpa sambal, okey..terimakasih..Kenalah aku sebanyak dua puluh ringgit pinangan nasi kukus ayam goreng yang mengoda itu.

Menyusur lorong yang riuh rendah itu mengingatkan aku akan sesuatu. zaman remaja yang indah..aku sering berpegangan tangannya di sini. mengucapkan janji manis dan setia. dan gadis itu sekarang telah menjadi ibu kepada anak-anakku.

Di lorong ini senjanya dipenuhi dengan burung layang-layang. menambahkan bingitnya pasar malam . Menyaksikan burung lelayang berterbangan dan berkerumun di kabel elektrik. Tempat tidurnya di waktu malam. Terpesona...tetapi kadang-kadang rasa marah menjelma apabila kepala aku di singgahi najis burung tersebut. Cih....

Suasana Pasar Malam makin rancak, wisel berbunyi menandakan urusan jualbeli mesti dihentikan sementara, dan akan tiba waktu solat maghrib.

Aku memimpin tangan Diwan dan Adam sambil Amalina mengekori di belakang. Perlahan-lahan berlalu menyusuri warung-warung menuju ke kereta. Beberapa sapaan terpaksa dijawab juga menandakan mesranya masyarakat ini. Meninggalkan nostagia yang berulang kembali.


Inilah bendanya yang memberi ilham untuk akim menulis. Nasi kukus ayam goreng.

1 comments:

pemilik blog berkata...

Fuhhh..gelabah betul bace memula tu...hahahaha...nasib baik la nasi kukus ayam goreng ek..kehkehkeh

Blog Widget by LinkWithin