Jumaat, 8 Mei 2009

Projek Kebun Tembikai







8.00 pagi
Pagi ini aku bergerak ke kebun di belakang pondok, janji dengan member untuk menyiapkan tiang pagar kebun. Projek timun cina akan diusahakan. dengan keluasan hampir seekar,projek ini sudah dirancang berbulan-bulan yang lepas bersama lapan ahli yang amat-amat komited. Ianya sudah dicuci dan sudah dibajak. Tinggal lagi perlu dipagari dengan pukat. Beberapa orang member sudah sedia bekerja. Aku pun apa lagi terus mengali lubang. gali dan terus gali.
Tok Ngulu Mat datang membawa air teh o dengan biskut, aku apa lagi dengan perut yuang kosong terus berhenti bekerja dan terus minum beberapa cawan teh o sambil hisap rokok. ah...lega rasnya. Mengikut pengiraan kasar. projek ini dijangka menghasilkan pendapatan RM 10 ribu.

10.30 Pagi- Matahari sudah agak meninggi, jari jemari pun sudah melecur dan air keringat mula membasahi. Tanda isyarat supaya beredar. Turus pagar pun sudah selesai ditanam.

Aku segera beredar dan singgah di rumah mengambil Amalina dan Tatan kerana dia sudah menelipon untuk makan bersama di warung Mama Sungai Durian.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin