Sabtu, 1 Ogos 2009

Anak Sedara Parah dalam kemalangan

Jam 10 malam tadi, bergegas ke HUSM Kubang Kerian melihat anak saudara yang kemalangan. Wan Mohd Azizi Wan Mokhtar 16 tahun telah terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal di Kampung Parit,Pasir Tumboh lebih kurang jam 6.30 petang tadi. Dia telah ditemui terlentang di jalanraya bersama motosikalnya oleh orangramai.

Anak Saudara yang mempunyai 4 adik beradik ini merupakan anak yang ke tiga yang ditinggalkan oleh abahnya yang menyahut seruan ilahi ketika Wan Azizi berumur 10 tahun. Keluarga ini menetap di Kampung Parit Pasir Tumbuh iaitu kampung asal Akim. Abahnya ialah antara dua abang Akim yang telah meninggal dunia.

Keadaan Azizi agak parah dan belum lagi sedarkan diri. Dia dibantu dengan pernafasan tabung oksigen, menurut doktor ada perdarahan dalam kepala dan lengannya juga patah. Doktor akan melihat perkembangan perdarahan itu dalam beberapa jam lagi untuk membuat keputusan. Manakala lengannya akan disimen. Semoga Wan Azizi akan stabil dan beransur sembuh.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin