Selasa, 11 Ogos 2009

Orang Berblog, Kita Berblog

Masa Akim belajar dahulu, manalah ada komputer, laptop jauh sama sekali.Masa last semester diMPKT nampaklah budak-budak junior bawak disket,pi mai pi mai. Maktab pun baru memiliki dua tiga biji pc. Masa tu ayahanda baru saja menghadiahkan sebuah typewritter kerana berjaya masuk maktab .Terimakasih terbanyak-banyak buat ayahanda yang telah meninggalkan dunia fana ini 10 tahun yang lalu.

Mesej ayahanda adalah jelas iaitu keperluan semasa, ayahanda mengajar tentang perlunya berada sebaris dengan teknologi dan kemajuan. Walaupun ayahanda hanya mendapat pendidikan pondok sahaja dan menjadi imam kampong tetapi aspirasinya sangat tinggi. Kalau keluar ke bandar mestinya dibelikan Akim newspaper inggeris dan melayu.

Aspirasi tadilah menyebabkan akim juga sibuk menampilkan diri di ruang ini. Orang berblog kita berblog. Walaupun usia sudah selayaknya dipanggil pakcik dan lagak saja muda dan sengaja mempunyai kenalan yang separuh usia muda, tetapi tidak membataskan ruang bicara. kerana orang muda inilah yang berkemahiran dengan kemajuan semasa, dan kita boleh menumpangnya.

Akim percaya usia tidak membataskan pergaulan bahkan mereka perlu diberi nasihat yang sesuai dari kita sebagai insan yang sudah merasai asam garam kehidupan..dan merekalah generasi pelapis yang bakal membawa negara, bangsa dan agama ke mercu kejayaan.


INILAH kenderaan masa Akim kanak-kanak dahulu berbanding dengan kenderaan blogger Razie gambar bawah.(Andaian sahaja)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin